Wednesday, March 23, 2011

Cotton Soft Japannese Cheesecake



Kes tak puas makan ciskek aritu maka terjadilah ciskek yg satu ini. Kebetulan nak sambut birthday cik abe..nak deco letak topping coklat meleleh2 tu kang cik abe tu memang xleh telan kalo nampak cekelat2 ni..nak letak topping blueberry kang hero2 kecik ni plak kurenggg dgn masam2 cenggitu..soooo xpayah topping ape2..senang keje i gitu heheheh;)..plain camni lg syok menikmatinye..adunan rcp ni besar dr kek span cis aritu..baru la puas makan nampaknye..alhamdulillah...
dr segi tekstur memang xde beza dr kek span cis..cuma dr segi rasa tu ade la masam2 lemon tu..menarik..sesuaiii..i likeeee;)...tetap juga kecut spt kek span cis itu tp kadar kekecutan tu dh kurang coz dh suntik vitamin C skit heheehh;)...jom makannnn

Kredit pada Alma@MyR dgn rcp yg mabeles gitu..dah ramai rakan cyber yg cuba rcp nan satu ni...i je yg terkedek2 nak buat..

COTTON SOFT JAPANNESE CHEESE CAKE

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara:
1.Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2.Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4.Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

>>>>>baru keluar oven maintain steady gitu..bile dah sejuk mula la kecut skit...

Tuesday, March 22, 2011

Kek Span Keju



Memang berbaloi membuatnya..sbb ape??..1/2 jam pertama setelah kek baru keluar oven, suam2 lagi dah abis separuh..itupun bagi warning suruh stop makan..kalo tak mau abis terus kot..balen kek disejukkan 4 jam dlm fridge (chilled nak bg lg sedap)..dannnnnn spt dijangka kek ini licin hingga ke titisan terakhir...
fuhhh..hebat betul penangan kek chef norzailina ini..sedappppppp sgt!!
dan spt biase aku just mkn seketul okeyyy...diet..diet...huhuuuu..

Tapi sedikit musykil la..biarpun dah buat kajian terperinci ttg ciri2 kek span tp tetap jugak kek span ku mengecut huaaaa....lupe nak suntik botox la tu;).nak kene study lg pasni..anyway wlaupun kejadian rupanya kecut tp tetap menjadi pujaan hati hero2 ku...kredit pd Chef Norzailina @NORZAILINA's PONDERINGS yg tak pernah mengecewakan hatiku dgn rcp2 beliau..

KEK SPAN KEJU

Bahan:
160 gm krim keju
25 gm mentega
120 gm susu segar
40 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
¼ sudu teh garam
100 gm gula kaster

Cara:
1. Lenser dan alas tin empatsegi berukuran 23 cm. Bungkus bahagian luarnya dengan foil
2. Satukan 3 bahan pertama dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan. Pukul hingga pekat. Angkat.
3. Masukkan 2 bahan seterusnya, kacau rata.
4. Campurkan kuning telur dan pukul sebati.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur dan garam hingga kembang.
6. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul hingga separuh kental (soft peak).
7. Tuangkan adunan ke dalam tin. Letak tin dalam bekas besar berisi air mendidih.
8. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 C selama 50 minit. Keluarkan kek daripada tin, biar sejuk atas redai.

Friday, March 18, 2011

Donat Kentang


Tak pernah jemu agaknya hero2 kecik kat umah ni makan donat..kalo mama dia rajin skit ade la topping macam kat atas tu..kalo tak dgn gula je la..tu pun dah sedap sangat bagi diorang...alhamdulillah..amik rcp dr sofiazunnuur @MyR..thankss sofia..jom makan sama;)

DONAT KENTANG

Bahan-bahan: ( 20 - 30 biji bergantung pada saiz )
1 biji ubi kentang sederhana besar
5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
1/3 cawan @ 73 gm minyak masak *aku guna butter
1/3 cawan @ 73 gm air suam
1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500 gm gandum

Cara-cara:
1.Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.
2.Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
3.Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
4.Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.
5.Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
6.Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

No Fail Banana Muffin


Cepat dimasak senang dimakan..buat muffin ni lebih senang dr buat cekodok..gaul bahan2, bakar..dah boleh makan..kalo buat cekodok kene gaul pastu kene tercegat depan kuali nak menggorengnye..betul tak??..sooo meh kite layan muffin arini ye..amik rcp kat umah izah@Izah Muffin Lover thanksss izah...fiza cnp rcp tu ye...best muffin ni..tak la banyak sgt..cukup utk kami empat beranak minum petang...


bebudak tak sabar nak makan tu sbb ade colour rice..

NO FAIL BANANA MUFFIN
Source: Rima

Ingredients :
1 1/4 cup all purpose flour
1 tsp baking soda*saya letak 3/4 tsp soda & 1/2 tsp baking powder
A pinch of salt
1 cup sugar (I only used 3/4 cup)*next time nak kurangkan lagi
1/2 cup canola/corn oil (I used melted butter)
2 eggs
1 cup mashed banana
1 tsp vanilla


Method :
Mix flour, baking soda and salt.
Whisk sugar, oil and eggs until smooth. Add banana and vanilla, beating well
Add flour mixture and beat until well combined.
Bake at 180 deg C for 25 mins. (I baked them at 160 deg C for 25 mins)

Yields : 10 pcs for big cupcake casings or 18 pcs for smaller casings.

Thursday, March 17, 2011

Mee Udon Goreng


Lama tak sapu sawang dapur cyberku nan satu ni...harini nak update skit la..buat lepas rindu berblog..
Sesekali tukar selera hujung minggu..goreng mee udon plak...licin pinggan beb...

MEE UDON GORENG ALA AUNTIESU

Bahan:
2 paket mee udon (dicelur dan disejat)
3 sb cili blend
3 ulas bawang putih, diketuk
3 sb cili sos
2 sb sos tiram
kicap manis dan kicap cair secukupnya
garam
isi ayam or daging cincang or udang (optional)
sayur pilihan dan limau kasturi

Cara:
1.Tumis bawang putih hingga naik bau. Tambah cili blend. Tumis garing.
2.Masukkan isi ayam or udang or daging cincang. Kacau hingga masak.
3.Masukkan cili sos,sos tiram, kicap cair, kicap manis dan garam. Kacau rata.
4.Last sekali masukkan mee udon dan sayur. Gaul rata. Siap.
* perah limau kasturi sebelum makan...layannnn

Makan masa panas atau sejuk??

Tadi terjumpa info berguna dr Blog Ustazah Azimah..Terima kasih Ustazah dgn info ini..So nak share sama dengan pengunjung My Cooking Zone..Harap dpt manfaat bersama..InsyaAllah

Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tk? tapi mari sama2 kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sbg contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa saidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a..selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.
Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat ad-Darimi)
Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia( masih) panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dll, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

Wednesday, March 2, 2011

Kuih Bom


Kuih bom tepung pulut okeyyy..kalo bom keledek tu kureng dgn selera aku..kuih ni dr kecik lg mmg fav la kalo mak aku buat...suke sgt dgn rase rangup tp lembik gitu..garing kat luar..tapi ade liat2..bila dah sejuk dia lembik2 skit...perghhhhh i likeeee...soooo..jom makannn;)

KUIH BOM ALA AUNTIESU

Bahan:
setengah paket tepung pulut = 250gm
2sb tepung gandum
1 cwn air (boleh tambah kalau tak cukup)
bijan secukupnya utk salut kuih

Inti:
1 biji kelapa parut (seeloknya suruh org kedai tu mesin amik putih shj)
2 keping nise kelantan (lebih sdp n aroma yg enak kalo guna nise)
3sb gula pasir (boleh tambah ikut suka tahap kemanisan)
2sb tepung gandum (utk jdkan inti kenyal skit)
3/4 cwn air
1st garam halus
2 helai daun pandan disimpul

Cara:
STEP 1:INTI
- Cairkan nise/gula melaka dengan air. Tapis.
- Dalam kuali masukkan kelapa parut, gula, garam, daun pandan, dan nise yg telah cair tadi.
- Kacau hingga hampir kering. Rasa kemanisan. kalo kurang manis boleh tambah gula pasir lg.
- Masukkan tepung gandum tadi. gaul sebati, bila kering tutup api.
(lebihan inti ni boleh difrozen utk kegunaan kuih lain i.e kuih gulung,koci dsb)

STEP 2: DOH
- Satukan semua bahan. Masukkan air sedikit2. tak cukup air boleh tambah.
- Uli sebati hinnga tak melekat di tangan.
*kalo tak nak melekat pada tangan; sapu sikit minyak pd tangan sblm membentuk adunan.
- Ambil sedikit tepung, leperkan atas tapak tangan, isi inti ikut nak banyak mana dan bulat2kan/ bentukkan ikut suka.(tapi dah namanya bom mestilah bentu bulat kan;)
- Terus golekkan dengan bijan, pastikan seluruh kuih diseliputi bijan.
- Buat sampai habis aduanan doh.
- Goreng dalam minyak yg banyak, terendam. Api sederhana,jangan kuat. Goreng hingga kekuningan. Jangan terlalu lama..nanti meletopppss
- Kalau banyak boleh difrozenkan.

Tuesday, March 1, 2011

Potato Croquette


Sila abaikan pic yg blur tu..camera murahan..kene plak aura panas baru angkat dr kuali..xsempat2 nak posing..haaaa..ambikkkk..kan mcm pic ala2 duduk kat Fraser Hill gitu ngeeeee.....
Favourite satu umah..selalu beli kat jusco..sekeping besar singgit..macam xpuas makan..bagi aku n anak2 boleh layan makan ni aje smpai tak makan nasi pun tak pe..tapi bagi cik abe aku tu mane boleh xmakan nasi..xsah...
emmm..nak letak rcp ni dlm kategori ape ye..confuse kejap..kuih?..lauk??any idea plsss....pepun amik rcp dr Yani@MyR...mekasihhh bkongsi rcp yg memang dicari2..zassss

POTATO CROQUETTE
Bahan-bahan ( 8 ketul )
4-5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung
minyak untuk mengoreng

Cara-cara:
1.Rebus ubi kentang sehingga masak
2.Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
3.Potong dadu bawang besar.
4.Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
5.Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
6.Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
8.Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
9.Goreng dalam minyak penuh