Tuesday, April 19, 2011

Bubur Cha Cha


Sekali sekala layan cha cha...senang cepat sedap...bubur ni aku just guna susu cair je..kurangkan lemak dlm badan yg dh sedia berlemak tepu ni;)...rcp tak de la plak..tp just sebagai panduan anak2 sekalian....
- rebus cha cha smpai kembang
- campur gula secukup manis
- tambah secubit garam halus
- kacau mesra, tutup api
- tambah susu cair sesedap rasa sesuka hati;)
- makan la ape tunggu lagi...

Monday, April 11, 2011

Apam Polkadot..Dot dot

Apam yg sgt comel..cantik dipandang sedap dimakan..dah ramai yg mencuba apam ni dan semua respond baguss je...nak membuatnye kena la merajinkan diri skit...nak mengedot tu nmpak mcm sng tp nak wat dot2 yg cantik tu kene fokus lebih skit..nti ade yg kecik ade yg senget..mata i ni nak nampak cantik je baru puas hati..pastu byk bekas nak kene basuh okeyy..lg byk color lg byk bekas...tp nak cantik kene la byk color...thanks pd sheely @MyR..aku share plak kat sini..
APAM POLKADOT 3 biji telur 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar@susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa - aku suke letak kaya pewarna Cara-cara: 1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Thursday, April 7, 2011

Kek Lapis Oreo..Oreo Layered Cake



Perabih biskut oreo perisa baru tu..perisa aiskrim..kunun tgk dlm iklan bebudak ni sibuk nak oreo baru tu..bila dh beli diorg tak leh telan plak coz ade rase mint tu..ishhhh aku pun kureng dgn oreo aiskrim ni..so tak de sape la yg makan..dr terbiar cmtu ku buat la kek lapis oreo ni..buang dlu krim tu..tp still melekat la bau mint tu skit2..dh jd kek..sedap jugak...kredit empunya rcp Bro Rozzan..dh lame tak melapis..ku buat setengah aduanan je..tu pun dapat banyak...jom makan


KEK LAPIS OREO

Bahan:
10 biji telur (saiz besar)
500 gm mentega
200 gm gula halus
300 gm susu manis
100 gm keju cheddar, diparut (optional)*xletak
50 gm horlicks
50 gm santan serbuk (peket)*ganti dengan milo;)
100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh serbuk vanilli
1 sudu teh pes pandan (optional)*xletak
secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara:
1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.
2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.
3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.
4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.
5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)
6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.
7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).
8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)
9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.
10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

Nota:
1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.


Apam Snow White


As salam semua..arini feel free skit nak update,,dpt la melepas rindu berblog:)...apam snow white la plak..macam2 name dah apam skrg ni..name je lain2 tp rase macam sama je dgn rcp apam beras..tu pada pendapat aku la..sana sinun dah buat apam ni aku pun nak la test jugak..pantang dengar apam je mesti exited nak buat..sbb ramai yg exited mkn apam umah ni..gerenti licin kalo kuih2 mcm ni...

disebabkan kat umah ni tak de puteri snow white yg nak makan..yg ade putera2 otomen je so letak la skit color merah..kasi sentuhan otomen skit..makanya jdlah apam otomen vs snow white gituuuu;)...skodeng rcp Kak Madiha @Dari Dapur MaDiHaA..sumber rcp qnq910@MyR...kredit pd semua..ku buat setengah adunan je coz tak cukup tepung beras...asyik meng'apam' je mana la tepung beras tak abis..ok la layannn

APAM SNOW WHITE

Bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara:
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
4. Perapkan adunan selama 2jam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .