Friday, May 27, 2011

Yam Cake..Yam Kueh


Nama je yam cake tapi bukan kek..;)..kalo surf yam cake memang banyak la keluar kuih ni...nama lain chinese panggil o-kuih atau wu tau kou..sorry kalo salah tlg betulkan...melayu panggil kuih keladi...memang dah lame mencari rcp kuih ni..chinese selalu la makan ni..selalu nampak kat gerai2 cina tepi jalan..macam kuih bingka berlauk kita tu..tapi ada lain skit..makan dengan kuah dia tu memangggg...perghhhh...sedappp la..
kuah tu sebijik rasa macam kuah yong tau fu..suke3...jom tgk rcp hasil borak2 ku dgn jiran chinese setaman..

YAM CAKE

Bahan:
sebiji yam/keladi sederhana, buang kulit,potong dadu *kubeli rm2 sebiji
segenggam udang kering
5 biji bawang kecil

#200gm tepung beras *kubuat 1/2 paket tpg beras,senang;)
#20gm tepung ubi
#setengah liter air *kutambah campur santan skit dlm 1/2 cwn
#1st 5 spice *dekat pasaraya ade jual
#1st serbuk lada putih
#serbuk pati ayam
#garam

Cara:
1. Goreng yam hingga perang. Angkat.
2. Goreng bawang merah hingga garing, harum, angkat.
3. Goreng udang kering hingga perang, angkat. Tumbuk kasar pecah2 sikit.
4. Jangan keluarkan minyak yg kita guna untuk goreng bahan2 tadi. Dalam kuali yg sama masukkan semua bahan2 #. Kacau hingga pekat.
5. Kalau suka masukkan sebahagian drpd bawang goreng dan udang kering tadi dalam adunan. Sebatikan. (aku tak masukkan dlm adunan udang kering n bwg goreng coz budak2 xsuke ade sampah2 dlm kuih;...)
6. Masukkan dalam loyang, kukus 30 minit.

Untuk kuah:
Bahan
2sb taucu *kuguna taucu kasar color hitam
1cwn air
2sb kicap cair
3sb kicap pekat
6sb gula
2sb tepung jagung

Cara:
1. Kisar taucu bersama air.
2. Kacau atas api bersama bahan2 lain kecuali tepung jagung. didihkan dlm 5 minit.
3. Tambah tepung jagung, kacau hingga pekat. Rase tahap masin n manis. Sesuaikan ikut citarase.Siap.
-kuah ni boleh juga dimakan dengan yong tau fu,sebijik mcm yg dekat kedai tu,just tambah cili sos je mase nak makan utk yg suke pedas..

Bahan tambahan:
hirisan daun bawang
hirisan cili merah

Cara hidangan:
Potong adunan kuih, letak dalam piring.
Taburkan bawang goreng, udang kering, daun bawang, cili.
Sedia dimakan dengan kuah sos hitam manis tadi. Kalo nak pedas just tambah cili sos.
Jom makan...

Thursday, May 26, 2011

Apam Gula Hangus



Layan apam gula hangus plak..dah lama heboh dgn tayangan apam ni kat mana2 blog masakan..baru la sampai kat auntiesukitchen..spt biase sambutan meriah seisi rumah kalo disogok dgn apam..

apepun bau soda dlm adunan apam ni membuatkan jiwa aku sedikit kacau..(wahhh.. ayat)..itupun aku dh kurangkan sukatan soda dlm rcp tu..kalo ikut rcp xtau la cmne rasenye..tapi itu pd aku la kan..pd insan lain yg cuba rcp ni tak tau la..deria bau n deria rasa aku ni mmg alah skit pd soda yg over..
part lain..dr segi lembut gebu ayu cun memang mantap...nak tau selebihnya cube la sendiri ye;)...kredit pada Kak Yatie @Sinar Kehidupanku..,yg aku selalu selongkar dapurnye..mekasih daun keladi lain kali nak selongkar lg ye..;)

APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.*kuletak 3/4st next time nak letak 1/2st
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


*************************************************************************************


Ini plak nak tayang hadiah drpd Kak Ina@Zalin...dah selamat sampai tadi..hadiah saguhati atas penyertaan auntiesukitchen dlm pertandingan donut tercantik anjuran blog kak ina..
Time kasih kak..cuteee sgt hadiah ni..

Makaroni Bakar


as salam...sila abaikan gambar2 yg kurengg terang kat blog aku semenjak 2 menjak ni..dah la nak beli dslr tak beli2 tak cukup budget..kamera kecik yg ade ni memang sah diisytiharkan rosak..huhuuuuu..so amik dgn kamera handset je la skrg..dr takde pic langsung..asalkan aku tetap leh publish kat blog..kan kan kan...

ok back to our rcp,menu supper..kadang2 dinner kul 6ptg..hubby balik je keje terus makan..sooo dlm kul 9 malam lepak2 tgk tv tu mulut terasa nak kunyah2 la plak..kalo kurengg rajin tu makan je la kerepek pisang ke biskut2 ke..kalo terrrrajin skit masuk dapur godek2 la bende yg ada..so layannn la makaroni bakar ni..kredit rcp pd Chef Norzailina Nordin..

aku guna bahan yg ade je dlm stok..aku tabur oregano skit so bile tgh bakar tu fuhhh harum semerbak baunye...makan cicah cili sos skit..lagi syiokkkk...jom makan;)



MAKARONI BAKAR

100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus *aku guna daging
1 cm halia, dicincang halus *xletak
4 ulas bawang merah * 2 ulas je
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus *ganti dgn serbuk oregano,best!!
100 g sayuran campur *xletak xde stok
4 biji telur Gred A *2biji je
150 ml susu segar/UHT *kuletak 1 cwn susu
50 g keju Cheddar, diparut *pakai mozarella
Garam
Serbuk lada hitam secukupnya *xletak

Cara2 Membuatnya

1. Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging/ayam dan kacau hingga masak (tambah sedikit air).
3. Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup kacau dan angkat.
4. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging.
5. Lengser mentega pada mangkuk tahan panas atau caseroll. Tuangkan makaroni yg siap digaul tadi. Taburkan keju di atasnya. *tabur juga serbuk oregano.
6. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak.

Nota: Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika tidak suka keju, tidak perlu gunakan.

Monday, May 23, 2011

Marble Chocolate Cheesecake


B4 ni penah buat kek ni tapi dr rcp lain yg aku blacklisted..tak menepati piawaian sirim auntiesukitchen...cheeeewahhh..semalam try buat dgn rcp Kak Yatie..sedapppp!!!..yg penting hero2 umah ni sudah tangkap lentok dgn ini kek wooo... sukacitanya rcp ni boleh masuk list la....kredit pada Kak Yatie @Sinar Kehidupanku..



MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan:
Bahan A
250gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cwn serbuk koko *
1 1/2 cwn tepung halus *
2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
1 sudu kecil pewarna coklat@coklat emulco
1/4 cwn susu cair

Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telor gred A

Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
Cucuk dngn lidi kecil @ btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi

Sunday, May 22, 2011

Laksam Homemade


Perrrggggghhh...!!!kalo dapat pekene laksam hari2 pun takpe..tapi mane leh hari2 nti santan bertimbun2 dlm badan tu..sendiri mau ingat yeeee..;)...

satu umah ni memang hantu laksam...hero2 kecik tu pun layannn laksam berdas2 jugak..sekali mama dia buat..dr breakfast smpai petang la duk ulang makan heheeee...

ok nak cerita skit..selama ni kalo aku n family kat umah ni nak makan laksam, aku just buat kuah laksam je...kuah buat sendiri memang puas hati..guna ikan segar pastu kuahnye aku suke yg putih bersih..bukan mcm org jual tu kelabu asap je..
semenjak 1st time kucuba buat laksam sendiri (rcp dr mak mertua,tapi sukatan main agak2 je)..tapi tak menjadi terus frust giler..sejak tu laksam kubeli kat pasar borong selangor dkt umah aku ni ade jual ready made..(heehheee ni frust ke malas???)...tapi tetiba je baru2 ni dpt kekuatan nak try buat semula..pastu menjadi dgn jayanye plak tu..suke3...
...sonoknyeee...pasni ade sape2 nak oder laksam leh oder dgn i okeyyy...yg rajin nak buat sendiri pun ok gak...rcp nak buat laksam dr MyR...kredit to Yani @MyR...


LAKSAM

3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

>>bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-aku guna ikan sardin
Sdkt halia
Sdkt bwg putih *tak letak
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula * tak letak

>> Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus) *kutambah hirisan kobis

>>cili:
cili merah *aku guna cili kering
belacan
garam
limau

Cara-cara:
Cara buat laksam:
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
Untuk kuah:
kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
Untuk cili:
cili ditumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Friday, May 20, 2011

Pulut Pagi


Hidangan utk breakfast yg paling mudah plus mengenyangkan..selalu buat on weekend..
pandai makan pulut pagi ni semenjak kawin org klate la..tengok n belajar dr mak mertuaku...memang sedap..cubalah!!

PULUT PAGI

Bahan:
Pulut
Kelapa Parut(putih shj)
Gula
Garam

Cara:
-Kukus pulut hingga masak. Just arung dgn air biasa, xperlu santan.
-Keluarkan pulut dari kukusan, terus gaul dengan kelapa parut, gula, garam secukup rase..
-Siap sedia utk dimakan seisi keluarga.
*sory xde sukatan specific, semua main agak2 ikut selera sendiri..selamat mencuba;)

Wednesday, May 18, 2011

Ayam Goreng Oat


Ayam goreng oat ni memangggg sedap menjilat jari tau...menu utk kanak2 ribena kat umah ni la..tapi kalo goreng banyak skit papa mama dia pun join sama jadi kanak2 ribena jugak...;)..idea asal rcp dr blog Mariam..thanksss mariam..oh ye tahniah buat mariam dah dapat baby baru dlm family..baby girl plak tu...jeless i tau..;)
oklah layan je menu simple tapi syiokkk ini ye..

AYAM GORENG OAT

Bahan-bahan~

~Ayam
~1-2 sb rempah kurma *aku pakai rempah kari
~Garam
~Gula
~Tepung tempura/tepung beras (dibancuh)*aku pakai tpg tempura
~Oat

~Cara-cara~
~Ayam diperap dengan rempah kurma,garam dan gula selama 1/2-1 jam.
~Kemudian dicelup dalam tepung tempura/tepung beras.
~Golekkan ke atas oat hingga rata,dan goreng dengan api yang kecil.

Saturday, May 14, 2011

Donut Special


Special donut ni wooo..spesel sbb rcpnye dr tokey kuih..soooo hasilnya memang la sgt sedap n gebu n lembut n mantopppss...
thankss Kak Ina@Zalin..coz sudi share rcp ni..bukan senang tokey kuih nak bagi rcp kat org tau...sape nak rcp gi skodeng blog Kak Ina@Zalin ok..
entry ni pun kubuat khusus untuk kak ina..aku join contest yg kak ina buat kat blog dia..pertandingan donut tercantik...ni la 1st time aku join contest dlm tenet ni tau..
tetiba bkobar2 plak nak join contest2 plak heeheee..bukan pe sekadar
menyokong geng2 blogger kan..meriah la sikit..harap2 sempat la lagi join ni..nak buat entry dua ari b4 ni blogspot mengong plak..langsung aku xleh log in..cuak jugak ingat blog aku kene hack..hheeeee...ade ke org nak hack blog aku ni..bukannye canggih pun...rupe2nye bile masuk FB tgk ramai org komplen kat sane..means bukan la aku sorang je yg xleh log in...sooo try arini mujur la dah ok...kak inaaaa..tggguuuuu....jgn tutup lg contest tu...tutup la lps saye update entry ni ye heheheh...tq tq...
sorry kak ina..pic tak clear sgt..frust betul camera murahan tu wat hal..pic jd berbelang2 plak..time ni la dia nak buat hal..geram tul..banyak tul dugaan nak join contest deco donut tercantik ni la...sabo je la...soooo zassss...






>>>>ikut sebijik2 mcm sifu ajar..


>>>>huhuuuu..takde penebuk lubang mcm tokey kuih,so pakai penutup botol je nak buat lubang..


>>>dah ready nak di make up...


>>>ni versi bodek kak ina..;))kasi up skit markah hehheee..