Monday, May 23, 2011
Marble Chocolate Cheesecake
B4 ni penah buat kek ni tapi dr rcp lain yg aku blacklisted..tak menepati piawaian sirim auntiesukitchen...cheeeewahhh..semalam try buat dgn rcp Kak Yatie..sedapppp!!!..yg penting hero2 umah ni sudah tangkap lentok dgn ini kek wooo... sukacitanya rcp ni boleh masuk list la....kredit pada Kak Yatie @Sinar Kehidupanku..
MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Bahan-bahan:
Bahan A
250gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cwn serbuk koko *
1 1/2 cwn tepung halus *
2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
1 sudu kecil pewarna coklat@coklat emulco
1/4 cwn susu cair
Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telor gred A
Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
Cucuk dngn lidi kecil @ btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wahhh kat cni pun byk resepi..ada kek lagi...suka suka....follow u !!
ReplyDeleteAslmkum fiza.. sedapnya kek fiza ni.. akk nk masuk list dulu.. bila fiza kata sedap mcm confident sikit..tq my dear..
ReplyDelete