Thursday, May 26, 2011

Makaroni Bakar


as salam...sila abaikan gambar2 yg kurengg terang kat blog aku semenjak 2 menjak ni..dah la nak beli dslr tak beli2 tak cukup budget..kamera kecik yg ade ni memang sah diisytiharkan rosak..huhuuuuu..so amik dgn kamera handset je la skrg..dr takde pic langsung..asalkan aku tetap leh publish kat blog..kan kan kan...

ok back to our rcp,menu supper..kadang2 dinner kul 6ptg..hubby balik je keje terus makan..sooo dlm kul 9 malam lepak2 tgk tv tu mulut terasa nak kunyah2 la plak..kalo kurengg rajin tu makan je la kerepek pisang ke biskut2 ke..kalo terrrrajin skit masuk dapur godek2 la bende yg ada..so layannn la makaroni bakar ni..kredit rcp pd Chef Norzailina Nordin..

aku guna bahan yg ade je dlm stok..aku tabur oregano skit so bile tgh bakar tu fuhhh harum semerbak baunye...makan cicah cili sos skit..lagi syiokkkk...jom makan;)



MAKARONI BAKAR

100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus *aku guna daging
1 cm halia, dicincang halus *xletak
4 ulas bawang merah * 2 ulas je
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus *ganti dgn serbuk oregano,best!!
100 g sayuran campur *xletak xde stok
4 biji telur Gred A *2biji je
150 ml susu segar/UHT *kuletak 1 cwn susu
50 g keju Cheddar, diparut *pakai mozarella
Garam
Serbuk lada hitam secukupnya *xletak

Cara2 Membuatnya

1. Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging/ayam dan kacau hingga masak (tambah sedikit air).
3. Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup kacau dan angkat.
4. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging.
5. Lengser mentega pada mangkuk tahan panas atau caseroll. Tuangkan makaroni yg siap digaul tadi. Taburkan keju di atasnya. *tabur juga serbuk oregano.
6. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak.

Nota: Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika tidak suka keju, tidak perlu gunakan.

1 comment:

  1. Fiza sy dh lama nk buat ni masih lagi x terbuat2...bila tgk kamu punya terasa lak bersemangat nak buat nnt ada masa hujung minggu nk cuba wat pulak.

    ReplyDelete