Tuesday, June 14, 2011

Tapai Pulut


Sila jgn betulkan mata anda..YA..itu ialah tapai..bukan lepat ok;)...
Kejadian tapai itu sekali pandang mcm lepat sbb aku xpandai nak bungkus mcm tapai yg org2 tua buat tu...yg bungkus menegak pastu cucuk dgn lidi tu xpandai..so sila abaikan cara lipatan ku itu..just pandang pd tapai tu wokeh...

Tapai pulut memang fav. Tapai ubi je aku xreti makan...tapai ni kalo betul2 menjadi memang manis bangat. Macam letak gula plak.Padahal xtaruk pun. Memang unik betul la. Emmmm sedapnye tak terkata kalo makan tapai ni sejuk2...wahhhhhh heaven;)

Tapai yg kubuat ni xde rcp..pernah dulu buat ikut rcp dr tenet. Masam tapai tu. Bile dikaji semula rcp tu letak byk sgt ragi. Frust la. Terus tutup buku pasal tapai ni. Pastu tiap kali balik kg tengok nenek hubby buat, xpayah sukat2..dr situ la aku pun buat tapai xpakai sukatan. Alhamdulillah menjadi smpai arini.
Meh intai2 cara aku buat tapai ni.Kot2 boleh beri ilham pada anda yg belum pernah mencuba. Bukan susah pun nak buat. oh ye kalo nak beli ragi tu tanya la pada penjual ragi tu dulu kita nak beli ragi utk buat tapai. Nanti dia bagi la ragi yg manis. Aku beli 60 sen sebiji. Pesanan dr makcik ragi yg kubeli ni dia kata sebiji ragi untuk sekilo pulut.Tapi aku tak pernah lg buat smpai sekilo..sekali buat lbh kurg 2 cwn..bukan ape kalo buat byk nti byk pulak aku makan..Diet pun hilang entah ke mana nti;)

TAPAI PULUT AUNTIESU

Bahan:
Pulut
Ragi

Step 1:
1. Jemur ragi tengah2 panas lebih kurang sejam.

Step 2:
1. Kukus pulut; arung dengan air biase sampai masak.
2. Sejukkan pulut atas dulang/talam (ratakan atas dulang). Aku letak bawah kipas so cpt sikit sejuk.
3. Bila pulut dah benar2 sejuk, baru amik ragi dan penapis halus(yg tapis teh tu)
4. Sagat ragi pada tapis atas pulut hingga meliputi keseluruhan pulut. Pastikan seluruh permukaan pulut tu kena ragi. (Satu tangan pegang ragi,satu tangan pegang tapis,so serbuk ragi tu jatuh la pada pulut)
6. Terbalikkan pulut pada satu lg dulang. Means yg bawah tadi dh jadi sebelah atas pd dulang kedua. Sagat ragi macam tadi hingga meliputi semua permukaan pulut.
7. Tak perlu gaul pulut. Pulut sedia untuk dibungkus. Kalau tak de daun pisang boleh letak dlm bekas kecik2 yg letak jelly tu. Kalau bungkus daun pisang tu aroma dia lg sedap la.
8. Letak dlm satu bekas/besen. Bungkus dengan 3 lapis kain. Lapisan 1st n 2nd dengan tuala dan lapisan 3rd pakai kain batik/pelikat. Simpan di tempat yg gelap bertutup rapat selama 3 ari 2 malam (tak boleh tengok2 or bukak2 ok!!). Contoh buat ari Khamis petang, hari Sabtu petang dah boleh makan.




**Paham tak ayatku yg tunggang terbalik tu hehee..
**Kalau pulut dh kena semua dengan ragi tu,xperlu susah hati utk abiskan ragi yg sebijik tu..simpan ragi dlm bekas bertutup, simpan dlm peti. kalo letak pd suhu bilik nanti berkulat.(ni pd pengalaman aku la)
**xde la pantang larang yg aku amalkan mcm org kate time buat pulut ni mulut xboleh bercakap,kena diam je. aku mane reti diam heeeehhe..pantang yg aku follow just jgn buat tapai time kita datang bulan..

No comments:

Post a Comment