Thursday, November 18, 2010

Siakap Stim


Sekali sekala masak la menu stim mcm ni..menu sihat dan cepat..tp yg penting mesti makan time panas2..memang layan...sekor ikan ni sekali makan cukup utk sepasang suami isteri kat umah ni...dasyat jugak kan kitorg ni heheheh...layannn;))

IKAN KUKUS
Sumber: fp kak hanieliza

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai *aku tukar kpd hirisan halia
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
*aku tambah air >< 1/2cwn biar ade mcm kuah la,xla kering sgt..

Hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letakkan dlm manguk kaca [tahan panas].*masukkan air skit.
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau.
8. Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.

No comments:

Post a Comment