Saturday, October 30, 2010

Apam Pisang


Dari melayan mamat Kelantan dlm umah ni duk ngadap live Piala Malaysia,baik aku update blog..rcp apam pisang yg aku skodeng dr fp chef hanieliza..thanksss chef!!asalnya rcp apam pisang coklat..tapi aku buat plain je..xbuh cekelat2 ni..nak wat guane..mamat kelantan aku tu (hubby) kureeeng dgn cekelat2 ni...kalo ikut aku mmg la syiiiokk sgt kalo buh cekelat byk2 hehe..ok rcp ni boleh juga dijadikan muffin pisang...tapi yg ni aku saje kukus dlm loyang kek chiffon..senang timbun sekaligus...layannn

APAM/MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko *aku tak letak
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikit garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.

Nasi Ambeng/Ambang



>>>Angkut dr umah fotopages aku

Makanan org keturunan Jawa..senarai rcp setiap satu tak ade..ade pelbagai cara hidangan oleh tiap org..puas aku surf semua cara berlainan..lauk pauk dlm dulang tu semua macam kite selalu masak tu la..cuma combine semua dlm satu dulang..saje cuba buat sendiri..teringin sangat..

AJK nasi ambang:
1) nasi putih
2) ayam msk kicap berempah or ayam goreng
3) sambal goreng (sayur campur iaitu suhun,fucuk,kcg pjg,tempe n cili potong)
4) serunding kelapa (aku wat serunding ayam + kelapa)
5) mee goreng/bihun goreng
6) tempe goreng (aku wat tempe + kentang + ikan bilis goreng blado)
7) ikan kering bulu ayam
ulam timun
9) rempeyek kcg tnh or keropok
**susun atur mknan dlm dulang tu spt gambr kat atas la ye..pastu makan la ramai2 dalam satu dulang tu..dipanggil juga nasi berkat..

Pulut Kuning


>>>Angkut rcp dr umah fotopages aku..

Refer rcp dr chef hanieliza kat umah fp lamenye..kredit to kak liza;)

PULUT KUNING

Bahan:
1 kg beras pulut (basuh,rendam)
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut
3 cwn santan pekat dr 1 biji kelapa
garam dan gula secukupnye

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam(aku rendam semlman) sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya.
2. Toskan beras pulut.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang/daun pandan.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukus semula sehingga naik wap lagi. (lbh kurg 15min)
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.

Friday, October 29, 2010

Puding Roti Caramel


Ada 2 rcp puding roti karamel yg penah dicuba..1st yg aku amik dr blog cik epal..rcp ke2 dr chef/sifu kak hanieliza..kedua-duanya mmg best tp aku slalu mengunapakai rcp yg 1st sbb cuma guna 4 keping roti shj..rase dia pun lebih kurang same..

Selalunya buat puding roti ni utk menghabiskan stok roti yg hampir menoupose gitu heheh..yg nak expired la kiranya..kalo xbuat cmni jawabnye roti tu akan expired n bakal menjadi rezeki kpd ikan2 di tasik putrajaya la jawabnye..babang n dedek suka sgt la kalo bab2 peragihkan roti pd ikan2 kat tasik tu;))
ok pd anda sekalian silalah cuba rcp ni..kredit pada kedua empunya rcp cik epal n chef liza..

PUDING ROTI CARAMEL/GULA HANGUS(1)

Bahan:

1 tin susu cair
4 keping roti *aku carik2kan
4 biji telur *aku guna 2 biji je
1 cwn gula *aku buat 1/2 cwn
2 sb gula (jadikan gula hangus) *aku buat 4sb
sedikit esen vanila

Cara:
1. Gula dihanguskan terus dalam loyang. Kacau hingga keperangan. Sejukkan.
2. Kacau semua bahan hingga sebati.
3. Tuang dalam loyang yg tersedia gula hangus tadi. Kukus 1/2 jam.

Nota auntiesukitchen:
- aku suka mcm byk berkuah gula hangus tu,so lebihkan gula utk gula hangus.
- aku tambah browning utk jdkan gula hangus tu color gelap.
- pernah juga bakar puding ni, best jugak, tapi xbakar lama sgt takut jadi keras.


PUDING ROTI CARAMEL/GULA HANGUS (2)

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B:
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach *aku guna peach
2 biji telur
1/2 cwn gula
2sb tepung kastard
1st esen vanila

Hiasan:
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach.

Tuesday, October 26, 2010

Mee Soya Goreng Ala Auntiesu



Mee favorite abe hubby..senang standby kat umah mee soya ni..lapar2 tengah malam dr masak meggie baik masak mee soya ni..cara masak macam goreng mee goreng yg korang selalu masak tu la...tp mee soya ni dilahirkan keras mcm maggie so kena la kita celur sekejap ye..nak rcp jugak ke??..ni aku taip ikut lebih kurang ye..
pandai2 la korang agak2 sendiri sukatan yg korang suke..
nak pedas tambah cili lebih..nak masin tambah garam lebih....ehhhhhh tak leh tak leh...kurangkan manis dlm minuman kurangkan garam dlm masakan okeyyy..utk kesihatan yg bpanjangan...

MEE SOYA GORENG ALA AUNTIESU

Bahan:(utk 2 org makan)
4 keping mee soya (dicelur dan disejat)
2 sb cili blend
2 sb bawang blend (bwg putih + bwg besar)
4 sb cili sos
2 sb sos tiram
4 sb kicap manis
2sb kicap cair
cili padi secukupnya (diketuk2)
garam secukupnye
sedikit air
isi ayam or daging cincang or udang (optional)
sayur pilihan hati n fish ball (optional)

Cara:
1.Tumis cili n bawang blend hingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam or udang or daging cincang jika ade. Tumis sekejap.
3.Masukkan sedikit air(skit je tau,kalo byk nti jadi mee kuah plak;)),cili sos,sos tiram, kicap cair, kicap manis dan garam. Kacau rata.
4.Masukkan cili padi yg diketuk2.(ni nak bagi pedas,kalo xnak letak pun xpe).
5.Last sekali masukkan mee soya dan sayur. Gaul mesra..kalo xmesra xsedap la nti;)).
6.Siap. Hidangkan. Tabur la ape2 yg korang suke kat atas mee tu semasa menghidang.


ada sape2 xkenal mee soya??ni rupa dia ye..cun tak;))

Sunday, October 24, 2010

Vanilla Cup Cake



Request fr anak sulong..babang fahrin...dah 2 3 ari dah nak aku buatkan cc ni..tapi memandangkan stok butter tak de plus stok cheese tart yg masih berbaki dlm fridge so aku hold la dulu projek cc ni...ye la nti dah ade cc xabis plak cistart tu...baik abis satu2...ajar anak2 jgn membazir ye...



tidak menggunakan rcp yg selalunya, aku saje surf rcp baru kat tenet..saje nak try rcp baru bg menambah koleksi cc yg sedia ade...mmg xsilap percaturan aku..rcp yg aku cilok dr blog soulain mmg berbaloi2...sbb ape aku nak try rcp ni sbb qty butter tak banyak..menurut ain lg dia gunakan rcp ni utk biz cc nye...for kids aku buat perasa vanila..separuh aku buat perasa kopi dan tak di deco pun..khas utk papanya...bab deco ni i admit mmg keras tgn..xde seni langsung...main deco sesuka hati ditambah plak dgn tangan2 kecik kat umah ni yg lg la menambahkan kekreatifan deco cc ni huhuuuuu...anyway thankssss a lot ain..izinkan saye panjangkan rcp ini ye..

VANILLA CUPCAKE

Bahan-bahan:
150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor *aku kurangkan skit
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla * aku buat separuh vanila separuh tambah coffee emulco
*aku tambah 1st ovellete

Untuk icing:
100 g mentega *aku guna krimwell
200 g gula ising
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara:
1.Pukul butter dan gula *dan ovellete...hingga kembang dan gebu(warnanya bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.pukul lagi sampai sebati.
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati(semasa proses mencampur adunan tepung,pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
6.Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
7.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.

**kalo nak perisa lain,boleh tukar esen vanila kepada perisa lain yang anda mahu.boleh juga tambah kekacang seperti badam dalam resepi:)





Friday, October 22, 2010

Homemade Ice cream


Sonok dapat buat ice cream sendiri ni...aku buat aiskrim perasa stoberi..alhamdulillah dpt la menjamu anak2 yg mmg hantu aiskrim dgn hasil air tangan mamanye sendiri...jom la cuba buat jugak...aku amik rcp dr fp merpati66..mekasih kak share rcp ni...

ICE CREAM

Bahan:
2 cwn susu segar *aku buat aiskrim stoberi so aku letak susu stoberi kotak tu
2 1/2 cwn coffemate/susu tepung *aku letak coffee mate
1/2 cwn gula icing
1 biji dragon fruit merah/ buah stoberi *aku xletak ape2 buah pun

Cara:
- Blend 3 minit semua bahan2 tadi.
- Tambah buah dragon fruit. Blend lagi hingga sebati.
- Bekukan 8 jam. Siap.

Nota auntiesukitchen:
- Susu segar ikut suke nak letak perase ape pun. Kalo susu coklat maka jadilah aiskrim coklat..
- Selepas di blend, aku bekukan 2 jam pastu keluarkan dan diblend lg sekali supaya betu2 halus..pastu baru bekukan selama 8 jam(ni info yg aku bace dr sumber lain, aku apply pd rcp ni)

Tuesday, October 19, 2010

Kek Coklat Lembab



Memang banyak versi moist choc cake atau singkatannye CMC...semua mmg best tp dari segi cara n bahan2 je ade sikit beza dr sesuatu rcp itu...bagi aku jenis yg xberapa rajin ni selalunya pilih rcp yg simple2 je..yg paling simple n paling sikit jenis bahan yg dperlukan...antara rcp CMC yg selalu digunapakai aku amik dr fp Madiha...juga antara fp yg slalu jadi mangsa skodeng aku di masa lapang...thankss madiha...izinkan saye panjangkan rcp ini pada semua ye;)

KEK COKLAT LEMBAB (MOIST CHOC CAKE)

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko *aku tambah 2st serbuk nescafe
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)*aku ayak 2 kali je
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar 45 minit atau sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.

Ini rcp topping kalo takde stok coklat masakan kat umah..

TOPPING *aku buat 1/2 adunan je
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.

Kek Marble Mocha


Sesekali makan kek marble ni syok jugak...stail aku cicah dgn air teh o atau kopi o panas mmg layan abisss...rcp aku cilok dari fp kak rinnchan..salah sorang sifu yg selalu aku follow..banyak rcp kek aku follow kak rinn..mmg puas hati kejadian keknya..thankss k.rinn..

KEK MARBLE MOCHA

Bahan-bahan :

Bahan A
250 gm butter, Rinn guna marjerin *aku guna majerin gak;)
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam *aku pakai 3 telur AA
50 ml susu segar

Bahan B (Ayak bersama)
240 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

1 camca teh mocha paste
1 camca teh nescafe

Cara-cara :
1. Pukul majerin dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Alas loyang dengan grease proof paper dan sapu sedikit marjerin di sekeliling dinding dalam loyang.
8. Sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel.

Tuesday, October 12, 2010

Pulut Panggang


pulut panggang versi bakar atas pan dapur gas je ni;)...rase maintain original...cuma tanak pulut spt biasa..then isi la inti..rcp aku follow dr sifu hanieliza yg popular itu...tqqqqqq


PULUT PANGGANG

Pulut
3 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
4 cawan santan
sedikit garam

Inti pedas/serunding
200 gm udang kering
200 gm udang basah [jika suka]
1 biji kelapa muda [parut]
1 helai daun kunyit [mayang halus]*tak letak

bahan mesin:
10 biji cili kering
2 batang serai
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam *tak letak
Sedikit kunyit
garam dan gula secukup rasa

Daun pisang untuk bungkus
lidi kelapa*aku pakai stapler

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali dan gorengkan sehingga agak2 kering.
2. Tutup api dan masukkan dalam pinggan. Sejukkan.
3. Masukkan pulut,santan dan garam dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Keluarkan pulut yg telah masak dan sejukkan.
6. Potong daun pisang anggaran yg diperlukan dan bersihkan.
7. Masukkan sedikit pulut ditengah daun dan rata.
8. Letakkan inti pedas dan gulungkan daun pisang.
9. Sematkan kedua hujung pulut yg telah dibungkus dan sapukan sikit minyak didaun pisang tu. Potong hujung daun pisang yg berlebihan.
10. Bakar dalam kuali atas api yg sederhana.