Monday, November 8, 2010

Onde-onde


Onde-onde aka kuih buah melaka...nak buat senang nak makan pun senang...selalunya buat tak pakai sukatan pun..tapi sebagai panduan di mase akan datang aku copy la rcp onde-onde dr chef yg semakin popular ni tak lain tak bukan kak hanieliza..dari zaman fotopages aku duk follow kak liza sampai la zaman blog..sampai aku sendiri pun terjebak berblog jugak akhirnya..hihihiii..

ONDE-ONDE

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka *potong dadu
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

2 comments:

  1. Salam Di Hulur Maaf Di Pohon.....

    Rinduuuuuu Nak Buat Onde-Onde!

    ReplyDelete
  2. kak lin..kadang2 kite ni sibuk nak wat kuih dr rcp terbaru yg canggih2 gitu sampai jarang buat kuih yg simple2 camni kan heheh..

    ReplyDelete