Friday, November 26, 2010
Kek Buah Kukus
Buat 3 jenis kek sempena raya haji baru ni..dan satu drpdnye kek buah ni la..budak2 umah ni langsung xpandang kek yg macam ni..nasib baik buat setengah adunan je..tu pun jadi besar jugak kek tu..amik rcp dr buku Kompilasi Hidangan Kek oleh Pn Nor Aini Zakaria..
Alhamdulillah menjadi..menjadi spt yg aku nak..tak manis sgt dan moist..tapi pelik jugak aku tgk rupe atas kek tu berkedut2..macam kulit alien..nak kate kene air penutup kukusan,aku dah balut kemas2 penutup tu..confius ni..ada 2 rcp kek buah dlm buku kek ni..satu versi kukus satu versi bakar..aku pilih versi kukus,tgk ade skit kelainan dr segi gula tu..nak kene jd karamel dulu...rajin la plak nak buat gula hangus ni..
ok la xmau citer panjang2..nak taip rcp plak..huhuuuu..lenguh nak taip ni..
KEK BUAH KUKUS
Bahan:
540gm tepung gandum
500gm buah-buah campuran
320gm majerin
300gm gula kastor
190gm gula pasir
2st serbuk penaik
2st serbuk bikabonat
5biji telur A
Cara:
1. Gris acuan bulat 10x3 inci. Lapik kertas serap minyak. Sediakan pengukus. Isi air 3/4 penuh. Jerang hingga mendidih.
2. Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikabonat di atas kertas lebar. Masukkan buah-buahan campuran dan gaul sebati dengan tepung. Bungkus kertas elok2 dan perap 30 minit.
3. Pukul majerin dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul sebati.
4. Pindahkan adunan ke dlm mangkuk besar. Masukkan bahan yg diperap tadi sedikit2 sambil digaul rata. Ketepikan.
5. Masukkan gula pasir dlm periuk dan panaskan atas api sederhana. Kacau dgn senduk kayu hingga cair dan perang.
6. Dengan cepat, tuang air gula ini ke dlm adunan kek tadi. Gaul rata2 hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dlm acuan dan ratakan. Tutup dgn kain nipis. Kukus selama 2 jam.
(aku kukus 1 1/2 jam shj coz buat setengah adunan)
Nota dr penulis buku:
- Majerin dan gula kastor jgn dipukul terlalu kembang kerana akan menjadi ringan dan buah akan mendap ke bawah.
- Air kukusan hendaklah betul2 mendidih baru dimasukkan kek.
- Alas penutup kukus dgn kain tuala/kain nipis agar air tak menitik atas kek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Fiza...
ReplyDeleteWaduh! Waduh! Waduh! Sedapnya Kek Buah Kukus....Utk Kak Lin Ada Tak???