Tuesday, October 19, 2010

Kek Coklat Lembab



Memang banyak versi moist choc cake atau singkatannye CMC...semua mmg best tp dari segi cara n bahan2 je ade sikit beza dr sesuatu rcp itu...bagi aku jenis yg xberapa rajin ni selalunya pilih rcp yg simple2 je..yg paling simple n paling sikit jenis bahan yg dperlukan...antara rcp CMC yg selalu digunapakai aku amik dr fp Madiha...juga antara fp yg slalu jadi mangsa skodeng aku di masa lapang...thankss madiha...izinkan saye panjangkan rcp ini pada semua ye;)

KEK COKLAT LEMBAB (MOIST CHOC CAKE)

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko *aku tambah 2st serbuk nescafe
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)*aku ayak 2 kali je
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar 45 minit atau sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.

Ini rcp topping kalo takde stok coklat masakan kat umah..

TOPPING *aku buat 1/2 adunan je
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.

1 comment:

  1. nak try rcp nie......mmg feveret sy. selalu beli kat kedai jer tp tak pernahnyer puas hati...huhu
    rugi betul lambat bukak blog awak nie, banyak rcp best.

    ReplyDelete