Tuesday, October 26, 2010

Mee Soya Goreng Ala Auntiesu



Mee favorite abe hubby..senang standby kat umah mee soya ni..lapar2 tengah malam dr masak meggie baik masak mee soya ni..cara masak macam goreng mee goreng yg korang selalu masak tu la...tp mee soya ni dilahirkan keras mcm maggie so kena la kita celur sekejap ye..nak rcp jugak ke??..ni aku taip ikut lebih kurang ye..
pandai2 la korang agak2 sendiri sukatan yg korang suke..
nak pedas tambah cili lebih..nak masin tambah garam lebih....ehhhhhh tak leh tak leh...kurangkan manis dlm minuman kurangkan garam dlm masakan okeyyy..utk kesihatan yg bpanjangan...

MEE SOYA GORENG ALA AUNTIESU

Bahan:(utk 2 org makan)
4 keping mee soya (dicelur dan disejat)
2 sb cili blend
2 sb bawang blend (bwg putih + bwg besar)
4 sb cili sos
2 sb sos tiram
4 sb kicap manis
2sb kicap cair
cili padi secukupnya (diketuk2)
garam secukupnye
sedikit air
isi ayam or daging cincang or udang (optional)
sayur pilihan hati n fish ball (optional)

Cara:
1.Tumis cili n bawang blend hingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam or udang or daging cincang jika ade. Tumis sekejap.
3.Masukkan sedikit air(skit je tau,kalo byk nti jadi mee kuah plak;)),cili sos,sos tiram, kicap cair, kicap manis dan garam. Kacau rata.
4.Masukkan cili padi yg diketuk2.(ni nak bagi pedas,kalo xnak letak pun xpe).
5.Last sekali masukkan mee soya dan sayur. Gaul mesra..kalo xmesra xsedap la nti;)).
6.Siap. Hidangkan. Tabur la ape2 yg korang suke kat atas mee tu semasa menghidang.


ada sape2 xkenal mee soya??ni rupa dia ye..cun tak;))

1 comment:

  1. sdap tuuuu..............yummm...yummm...de g x?

    ReplyDelete