Thursday, May 26, 2011

Apam Gula Hangus



Layan apam gula hangus plak..dah lama heboh dgn tayangan apam ni kat mana2 blog masakan..baru la sampai kat auntiesukitchen..spt biase sambutan meriah seisi rumah kalo disogok dgn apam..

apepun bau soda dlm adunan apam ni membuatkan jiwa aku sedikit kacau..(wahhh.. ayat)..itupun aku dh kurangkan sukatan soda dlm rcp tu..kalo ikut rcp xtau la cmne rasenye..tapi itu pd aku la kan..pd insan lain yg cuba rcp ni tak tau la..deria bau n deria rasa aku ni mmg alah skit pd soda yg over..
part lain..dr segi lembut gebu ayu cun memang mantap...nak tau selebihnya cube la sendiri ye;)...kredit pada Kak Yatie @Sinar Kehidupanku..,yg aku selalu selongkar dapurnye..mekasih daun keladi lain kali nak selongkar lg ye..;)

APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.*kuletak 3/4st next time nak letak 1/2st
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


*************************************************************************************


Ini plak nak tayang hadiah drpd Kak Ina@Zalin...dah selamat sampai tadi..hadiah saguhati atas penyertaan auntiesukitchen dlm pertandingan donut tercantik anjuran blog kak ina..
Time kasih kak..cuteee sgt hadiah ni..

No comments:

Post a Comment