Tuesday, February 15, 2011

Roti Naik


As salammmm semua;))..firstly time kasih banyak pd teman2 yg sudi bkunjung ke sini...InsyaAllah akan kubalas kunjungan anda semua..
Sempena Maulidur Rasul arini nak update skit blog yg kesunyian,kesepian,berserawangan ini...bz plus kemalasan meng'update' sebenarnya..projek di dapur memang on je..eksperimen pun sentiase ade..cuma xrajin nak post je,,,tolong la sesape teman2 blogger tiup semangat skit kat my COOKING zone ni..huhuuuu..
okeyyy dgn sedikit kerajinan yg ade nak post rcp Roti Naik yg aku try b4 ni...uli dgn tulang 4 kerat je...lum cukup budget nak dptkan bread maker huhuuu..
result roti ni..not bad..boleh la disantap kami 4 beranak dgn penuh kekusyukan plus kejakunan..jakun la beb lum penah mkn roti by mamamade heheh...selalu duk mkn roti kedai je kan..xsangka lak leh produce roti sendiri..fuhhh mantap bebbb;))
layan je la rcp yg kukutip dr CMG Dapur Tanpa Sempadan yg fofularrr ituu;))..halalkan kukongsi di sini ye..

ROTI NAIK

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus *aku pun same
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
2.Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
3.Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

*saje taruk filling kaya utk separuh adunan..anak2 hantu roti kaya..
*agaknya kalo pakai breadmaker camne kegebuan roti ni ye..ishhh..nak BM..nak BM!!!




2 comments:

  1. Salam Maulidul Rasul...
    Cantik gebu jer roti tu naik..tersusun cantik..

    ReplyDelete
  2. baru cuba2 uli roti plak heheh..xla cantik mcm org lain punya;))

    ReplyDelete