Monday, February 28, 2011

Muffin Coklat


mabelessssss...lain dr yg lain...mewah dgn rase coklat..fuhhh ayat..mcm iklan plak;))...
buat muffin ni minggu lepas, utk bekal dlm kete takut kelaparan..nak jalan jauh ke Kota Baru ;menyibuk ikut papa outstation seminggu..padahal kat kelantan tu mewah dgn segala mcm makanan bebbbb...makin gebusss la aku seminggu lepak kat sana huhuuu...
ok la nak share rcp yg ku cilok dr Yani@MyR..rcp ni dh ramai yg try..aku je yg baru tkedek2 nak buat...mekasih ye empunya rcp ni..minta halal dikongsi bersama di sini..
so pe tggu lagi..jom la buat..mudah je..layannnnn..

MUFFIN COKLAT

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus *aku kurangkan 20gm
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
*aku tambah coklat chip,almond nibs for sprinkle

Cara-caranya:
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

No comments:

Post a Comment