Friday, May 27, 2011

Yam Cake..Yam Kueh


Nama je yam cake tapi bukan kek..;)..kalo surf yam cake memang banyak la keluar kuih ni...nama lain chinese panggil o-kuih atau wu tau kou..sorry kalo salah tlg betulkan...melayu panggil kuih keladi...memang dah lame mencari rcp kuih ni..chinese selalu la makan ni..selalu nampak kat gerai2 cina tepi jalan..macam kuih bingka berlauk kita tu..tapi ada lain skit..makan dengan kuah dia tu memangggg...perghhhh...sedappp la..
kuah tu sebijik rasa macam kuah yong tau fu..suke3...jom tgk rcp hasil borak2 ku dgn jiran chinese setaman..

YAM CAKE

Bahan:
sebiji yam/keladi sederhana, buang kulit,potong dadu *kubeli rm2 sebiji
segenggam udang kering
5 biji bawang kecil

#200gm tepung beras *kubuat 1/2 paket tpg beras,senang;)
#20gm tepung ubi
#setengah liter air *kutambah campur santan skit dlm 1/2 cwn
#1st 5 spice *dekat pasaraya ade jual
#1st serbuk lada putih
#serbuk pati ayam
#garam

Cara:
1. Goreng yam hingga perang. Angkat.
2. Goreng bawang merah hingga garing, harum, angkat.
3. Goreng udang kering hingga perang, angkat. Tumbuk kasar pecah2 sikit.
4. Jangan keluarkan minyak yg kita guna untuk goreng bahan2 tadi. Dalam kuali yg sama masukkan semua bahan2 #. Kacau hingga pekat.
5. Kalau suka masukkan sebahagian drpd bawang goreng dan udang kering tadi dalam adunan. Sebatikan. (aku tak masukkan dlm adunan udang kering n bwg goreng coz budak2 xsuke ade sampah2 dlm kuih;...)
6. Masukkan dalam loyang, kukus 30 minit.

Untuk kuah:
Bahan
2sb taucu *kuguna taucu kasar color hitam
1cwn air
2sb kicap cair
3sb kicap pekat
6sb gula
2sb tepung jagung

Cara:
1. Kisar taucu bersama air.
2. Kacau atas api bersama bahan2 lain kecuali tepung jagung. didihkan dlm 5 minit.
3. Tambah tepung jagung, kacau hingga pekat. Rase tahap masin n manis. Sesuaikan ikut citarase.Siap.
-kuah ni boleh juga dimakan dengan yong tau fu,sebijik mcm yg dekat kedai tu,just tambah cili sos je mase nak makan utk yg suke pedas..

Bahan tambahan:
hirisan daun bawang
hirisan cili merah

Cara hidangan:
Potong adunan kuih, letak dalam piring.
Taburkan bawang goreng, udang kering, daun bawang, cili.
Sedia dimakan dengan kuah sos hitam manis tadi. Kalo nak pedas just tambah cili sos.
Jom makan...

2 comments:

  1. Fiza..blh masuk list lah..kat sini pun ada jual yg halal..selalu org cina dia grg dulu..mama suka mkn kuih nih :)

    ReplyDelete