Monday, April 11, 2011

Apam Polkadot..Dot dot

Apam yg sgt comel..cantik dipandang sedap dimakan..dah ramai yg mencuba apam ni dan semua respond baguss je...nak membuatnye kena la merajinkan diri skit...nak mengedot tu nmpak mcm sng tp nak wat dot2 yg cantik tu kene fokus lebih skit..nti ade yg kecik ade yg senget..mata i ni nak nampak cantik je baru puas hati..pastu byk bekas nak kene basuh okeyy..lg byk color lg byk bekas...tp nak cantik kene la byk color...thanks pd sheely @MyR..aku share plak kat sini..
APAM POLKADOT 3 biji telur 275 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar@susu cair 3 sudu teh baking powder 1 sudu kecil ovalette filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa - aku suke letak kaya pewarna Cara-cara: 1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang 2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

No comments:

Post a Comment