Thursday, December 16, 2010
Tiramisu Biscotti
Lama tak update blog ni..kebizian melanda..bz mengalahkan CEO plak..pepun makan tetap makan okeyyy..
Tiramisu yg senang bangat ni utk melayan taste kanak2 ribena kat umah ni la...stok cheese pun banyak so terus jalankan projek..makan sejuk2..nyamannn..mak2 budak yg ala2 gebuss mcm aku ni tak digalakkan sgt la join makannn okeyy...huhuuuuu...tapi sempat jugak 3 sudu masuk mulut aku heheheh..tak tahannnnn..nak jugakkkk;)
resipi aku skodeng umah chik mi....thanksss chik mi ye;)
TIRAMISU BISCOTTI
Bahan:
1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
250g cream cheese
200ml whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)*aku bancuh air suam je
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan *aku tambah milo sikit
Cara:
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas/suam tadi.
2. Satukan gula, cheese dan cream.
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.
5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya. *aku tabur milo sikit
.........Biskut lady's finger..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment