Tuesday, December 28, 2010
Kuih Kasui
Kasui aka kaswi...nak buat senang nak makan pun senang..emmm..abaikan gambar kaswi ku yg bsalut tebal dgn kelapa itu..stok kelapa parut banyak baru beli..so tak la kedekut nak salut banyak2..padahal harga kelapa dah naik skrg ni wooo...sebiji kelapa parut dah rm2...b4 ni rm1.40 je..itupun ku beli di pasar borong..kalo kat kedai runcit tak tau la berapa agaknye..aduhaiii...kene tanam pokok kelapa la ini macam ooo...
Kredit pada empunya rcp kuih ni..Teratak Chetam..mabelesss..
KUIH KASUI
Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan
Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kuih
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskankan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment