Thursday, August 5, 2010

Ayam Percik

kalo ade ayam percik ni mmg xpandang lauk lain dah;))))nak wat pun mudah..mudah la kalo panggang dlm microwave oven..kalo bakar atas dapur arang tu bpeluh la jugak...mane nak hidupkan api lg..mane nak tggu jd arang lg..mane nak jage ayam tu takut hangus...fuhh byk gak halnye...tp kalo dpt panggang dgn arang lg best la aromanye itewww..

rcp aku intai2 kat kak liza..tgk bahan2 je..sukatan asas tu main agak2 sesuka hati aku je....
sbg rujukan adik2..anak2..kawan2..ni la rcp nye wokehhh..


Ayam Percik

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping] 3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa -aku guna asam keping
1 s/t gula
1 s/t halba -xletak,xsuka
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.

**aku xmasak ayam dgn kuah,,terus je masuk oven bakar 180'C....coz guna bhgn drumstick shj..kalo ayam potong 4 tu besar kene la masak dgn kuah dulu...bile dh separuh masak curah kuah...

1 comment:

  1. mcm sedapnya..nak buat hujung minggu ni la..eheehe..

    ReplyDelete